Langkau ke kandungan utama

Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun

 

Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun



Daun kari sering digunakan dalam masakan bagi menambah aroma menyedapkan lagi maasakan. Kalau suka masak, memang pokok kari ni wajib ada di rumah. Senang, tak perlu membeli diluar kerana akan dijual dengan harga yang agak mahal.

Biasanya, pokok kari ditanam menggunakan kaedah anak pokok kari yang menggunakan kaedah keratan batang. Mudah dan cepat. Seminggu sahaja sudah bertunas.


Baca juga: Cara Tanam Sawi Dalam Pasu, Teknik Paling Mudah & Jimat


CARA TANAM POKOK KARI DARI KERATAN BATANG

Cara menanam pokok kari dari keratan batang. Anda boleh hasilkan lebih dari satu anak pokok kari dan tumbuh subur serta merimbum.

1. Potong batang kari yang dah tua dalam 4-5 inci.



2. Buang kulitnya, separuh saja, jangan sekeliling batang.



3. Jadi seperti gambar di bawah.


4. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Boleh siram hari-hari.


5. Cara ni, keratan batang akan keluarkan tunas lebih banyak. Dapat la serumpun pokok kari. Gambar last tu bertunas selepas lebih kurang seminggu.




Mudah kan? Selamat mencuba. Tak rugi tanam pokok kari, senang boleh guna dalam masakan.


Halaman Tersedia

Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

  Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pasti kita punya pelbagai cara untuk menjimatkan belanja dalam kehidupan seharian. Antara cara dan alternatif lain yang boleh dibuat adalah tanam sayur di rumah! Haaa, mesti baca tanam sayur dekat rumah tu sebagai sesuatu yang renyah atau payah kan? Tapi sebenarnya, tahukah anda tanam sayur kangkung tanpa jejak tanah memang boleh dilakukan. Selain mendapat hasil yang banyak, kualiti sayur yang kita nak makan tu pun mesti bersih sangat. Bagi sesiapa yang tiada ruang atau laman bersesuaian, moleklah guna cara tanam sayur kangkung tak jejak tanah ini. Bagi yang ada laman pun memang patut cuba! Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Menurut Yuziyana Yusop, individu yang telah berkongsi cara tanam sayur kangkung ini sebagai kangkung tapis atau kangkung tak jejak tanah. Tiga minggu dah boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setenga...

Cara Tanam Cili yang betul (Panduan Lengkap)

Cara Tanam Cili yang betul (Panduan Lengkap) Apakah cara terbaik dan mudah untuk tanam cili? Artikel ini akan membincangkan cara penanaman cili yang betul, penggunaan jenis tanah, tuaian dan beberapa perkara lagi yang berkaitan dengan penanaman tumbuhan ini. Isi Kandungan Pengenalan Pemilihan varieti yang tahan penyakit Penyediaan Benih Semaian Jenis Tanah Pemindahan anak benih ke tanah Sungkupan Pengurusan Air Pengurusan Baja Pengurusan Rumpai Pemasangan Pancang Kewalan Penyakit dan Perosak Tuaian PENGENALAN Cili ( Capsicum annuum ) adalah sejenis sayur yang sangat popular di kalangan pekebun kerana warnanya, rasa, rempah dan kandungan kimianya yang unik. Cili yang ditanam boleh membuahkan hasil yang lumayan apabila ia ditanam di kawasan yang mempunyai cahaya yang mencukupi walaupun ia ditanam di dalam kawasan berstruktur tertutup. Ini adalah kerana ia membantu meningkatkan rasa pedas dan rasa yang kuat cili tersebut.   Cili mempunyai kitaran pembesaran yang cepat ketika cuaca pan...