Cara Tanam Cili yang betul (Panduan Lengkap) Apakah cara terbaik dan mudah untuk tanam cili? Artikel ini akan membincangkan cara penanaman cili yang betul, penggunaan jenis tanah, tuaian dan beberapa perkara lagi yang berkaitan dengan penanaman tumbuhan ini. Isi Kandungan Pengenalan Pemilihan varieti yang tahan penyakit Penyediaan Benih Semaian Jenis Tanah Pemindahan anak benih ke tanah Sungkupan Pengurusan Air Pengurusan Baja Pengurusan Rumpai Pemasangan Pancang Kewalan Penyakit dan Perosak Tuaian PENGENALAN Cili ( Capsicum annuum ) adalah sejenis sayur yang sangat popular di kalangan pekebun kerana warnanya, rasa, rempah dan kandungan kimianya yang unik. Cili yang ditanam boleh membuahkan hasil yang lumayan apabila ia ditanam di kawasan yang mempunyai cahaya yang mencukupi walaupun ia ditanam di dalam kawasan berstruktur tertutup. Ini adalah kerana ia membantu meningkatkan rasa pedas dan rasa yang kuat cili tersebut. Cili mempunyai kitaran pembesaran yang cepat ketika cuaca pan...

Ulasan
Catat Ulasan