Langkau ke kandungan utama

Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat

 Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat


BERDASARKAN tajuk di atas, ramai mungkin yang tertanya-tanya apakah itu ‘putri malu’ atau nama yang paling dikenali masyarakat kita ialah Pokok Semalu. Terdapat banyak nama panggilan untuk tumbuhan ini. Nama santifik yang dikenali ialah Mimosa Pudica, namun terdapat panggilan nama lain iaitu Makahiya (diambil dari perkataan Fillipina, Hiya bermaksud pemalu atau malu), manakala nama mudah dalam Bahasa Inggeris ialah Shameplant atau Touch Me Not.

Bersesuaian dengan nama yang diberikan iaitu Putri Malu, tumbuhan ini akan menutup daunnya apabila tersentuh dengan sesuatu. Tindak balas khas ini bertujuan untuk melindungi tumbuhan ini daripada serangan haiwan herbivor.

Tumbuhan yang mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau putih ini hidup meliar dan senang membiak di kebanyakan kawasan serta menyebabkan ramai orang terlepas pandang. Tumbuhan ini membawa banyak kebaikan dan khasiat untuk kesihatan yang tidak diketahui orang.

Beberapa senarai manfaat yang boleh didapati daripada daun dan akar pokok putri malu ini adalah seperti mengubati batuk dan juga kahak. Caranya begitu mudah dengan merebus daunnya dan air rebusan itu diminum. Kebaikan lain ialah untuk bengkak dan juga luka. Caranya adalah dengan menumbuk lumat daun putri malu tersebut sehingga menjadi pes dan letakkan di tempat yang bengkak atau luka. Akarnya juga boleh digunakan untuk penyakit kulit dan kesan gigitan serangga.

Penyakit Hepatitis adalah penyakit yang berkaitan dengan penyakit hati, juga boleh diubati dengan mengamalkan air rebusan putri malu, di samping itu air rebusannya juga dapat membantu membuang toksin di dalam badan.

Bagi yang menghadapi masalah Insomnia (kesukaran untuk tidur) boleh mengamalkan air rebusan daun putri malu yang dihancurkan. Anda boleh amalkan selama 20 hari untuk membetulkan keadaan kesukaran untuk tidur dan sekali gus juga dapat membantu menegelakkan daripada depresi.

Banyak kajian telah dijalankan oleh penyelidik, selain semua kebaikan untuk penyakit di atas, tumbuhan putri malu sangat bagus untuk masalah ginekologikal (khusus untuk perawatan kaum wanita). Asma juga boleh dirawat dengan meminum air rebusan putri malu.

Walaupun putri malu, mempunyai banyak khasiat, kita dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar herbalis terlebih dahulu untuk memastikan dos yang betul dalam penghasilan ubat daripada putri malu ini. Selain itu, sebelum memakan sebarang tumbuhan liar, kita digalakkan untuk merujuk kepada pakar herbalis atau doktor untuk mengetahui kaedah yang betul kerana jika salah ia boleh memudaratkan dan menyebabkan sebarang kompilasi berbahaya kepada sesetengah orang.

Jadilah seperti tumbuhan putri malu walaupun kecil tetapi mempunyai banyak manfaat yang boleh digunakan oleh semua. – Agensi.

Halaman Tersedia

Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun

  Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun Daun kari sering digunakan dalam masakan bagi menambah aroma menyedapkan lagi maasakan. Kalau suka masak, memang pokok kari ni wajib ada di rumah. Senang, tak perlu membeli diluar kerana akan dijual dengan harga yang agak mahal. Biasanya, pokok kari ditanam menggunakan kaedah anak pokok kari yang menggunakan kaedah keratan batang. Mudah dan cepat. Seminggu sahaja sudah bertunas. Baca juga: Cara Tanam Sawi Dalam Pasu, Teknik Paling Mudah & Jimat CARA TANAM POKOK KARI DARI KERATAN BATANG Cara menanam pokok kari dari keratan batang. Anda boleh hasilkan lebih dari satu anak pokok kari dan tumbuh subur serta merimbum. 1. Potong batang kari yang dah tua dalam 4-5 inci. 2. Buang kulitnya, separuh saja, jangan sekeliling batang. 3. Jadi seperti gambar di bawah. 4. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Boleh siram hari-hari. 5. Cara ni, keratan batang akan keluarkan...

Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

  Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pasti kita punya pelbagai cara untuk menjimatkan belanja dalam kehidupan seharian. Antara cara dan alternatif lain yang boleh dibuat adalah tanam sayur di rumah! Haaa, mesti baca tanam sayur dekat rumah tu sebagai sesuatu yang renyah atau payah kan? Tapi sebenarnya, tahukah anda tanam sayur kangkung tanpa jejak tanah memang boleh dilakukan. Selain mendapat hasil yang banyak, kualiti sayur yang kita nak makan tu pun mesti bersih sangat. Bagi sesiapa yang tiada ruang atau laman bersesuaian, moleklah guna cara tanam sayur kangkung tak jejak tanah ini. Bagi yang ada laman pun memang patut cuba! Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Menurut Yuziyana Yusop, individu yang telah berkongsi cara tanam sayur kangkung ini sebagai kangkung tapis atau kangkung tak jejak tanah. Tiga minggu dah boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setenga...