Langkau ke kandungan utama

Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

 

Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pasti kita punya pelbagai cara untuk menjimatkan belanja dalam kehidupan seharian. Antara cara dan alternatif lain yang boleh dibuat adalah tanam sayur di rumah!

Haaa, mesti baca tanam sayur dekat rumah tu sebagai sesuatu yang renyah atau payah kan? Tapi sebenarnya, tahukah anda tanam sayur kangkung tanpa jejak tanah memang boleh dilakukan. Selain mendapat hasil yang banyak, kualiti sayur yang kita nak makan tu pun mesti bersih sangat.

Bagi sesiapa yang tiada ruang atau laman bersesuaian, moleklah guna cara tanam sayur kangkung tak jejak tanah ini. Bagi yang ada laman pun memang patut cuba!

Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

Menurut Yuziyana Yusop, individu yang telah berkongsi cara tanam sayur kangkung ini sebagai kangkung tapis atau kangkung tak jejak tanah. Tiga minggu dah boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah kilo hasil kangkung.

Cara-caranya:

  1. Rendam biji benih 32 jam guna air paip. Kalau ada benih yang kembang sangat dalam masa 24 jam boleh asingkan dan letak dalam tapis. (Boleh terus ke langkah 2).
  2. Toskan benih lepas rendam kemudian masukkan dalam tapis. Agak-agak saja kuantiti biji benih. Jangan padat sangat, jangan sikit sangat.
  3. Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Jika lubang besar anak kangkung akan bolos nanti. Jika ada benih yang sudah berakar, masukkan akar ke salam lubang tapis, biarkan ia menjalur.
  4. Letak tapis atas baldi yang telahpun dimasukkan air paip separas mencecah dasar tapis.
  5. Tutup tapis berisi benih selama 2 hingga 3 hari. Tujuan menutup biji benih adalah untuk menggalakkan anak benih cepat tumbuh.
  6. Selepas 3 hari anak benih akan tumbuh seperti tauge. Jangan panik, memang betul dah caranya. Waktu ini dah boleh dedahkan kepada cahaya, air dalam tangkungan tak buang. Boleh tambah baja AB.
  7. Boleh mula guna baja AB bancuhan 10mbllab+2L air atau 1.5 ec – 2 ec.
  8. Hanya pantau air baja dan akar pokok. Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec  minggu 1(10ml ab+2L air), 2 ec minggu ke2 (15ml ab+2L+air).
  9. Kangkung tuai bila kangkung berumur lebih kurang 3 minggu.






Senang kan? Jom mula tanam sayur kangkung tak jejak tanah ni! Selamat mencuba ya semua. Semoga bermanfaat.

Halaman Tersedia

Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat

  Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat BERDASARKAN tajuk di atas, ramai mungkin yang tertanya-tanya apakah itu ‘putri malu’ atau nama yang paling dikenali masyarakat kita ialah Pokok Semalu. Terdapat banyak nama panggilan untuk tumbuhan ini. Nama santifik yang dikenali ialah Mimosa Pudica, namun terdapat panggilan nama lain iaitu Makahiya (diambil dari perkataan Fillipina, Hiya bermaksud pemalu atau malu), manakala nama mudah dalam Bahasa Inggeris ialah Shameplant atau Touch Me Not. Bersesuaian dengan nama yang diberikan iaitu Putri Malu, tumbuhan ini akan menutup daunnya apabila tersentuh dengan sesuatu. Tindak balas khas ini bertujuan untuk melindungi tumbuhan ini daripada serangan haiwan herbivor. Tumbuhan yang mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau putih ini hidup meliar dan senang membiak di kebanyakan kawasan serta menyebabkan ramai orang terlepas pandang. Tumbuhan ini membawa banyak kebaikan dan khasiat untuk kesihatan yang tidak diketahui orang. Beberapa senarai manfa...

Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun

  Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun Daun kari sering digunakan dalam masakan bagi menambah aroma menyedapkan lagi maasakan. Kalau suka masak, memang pokok kari ni wajib ada di rumah. Senang, tak perlu membeli diluar kerana akan dijual dengan harga yang agak mahal. Biasanya, pokok kari ditanam menggunakan kaedah anak pokok kari yang menggunakan kaedah keratan batang. Mudah dan cepat. Seminggu sahaja sudah bertunas. Baca juga: Cara Tanam Sawi Dalam Pasu, Teknik Paling Mudah & Jimat CARA TANAM POKOK KARI DARI KERATAN BATANG Cara menanam pokok kari dari keratan batang. Anda boleh hasilkan lebih dari satu anak pokok kari dan tumbuh subur serta merimbum. 1. Potong batang kari yang dah tua dalam 4-5 inci. 2. Buang kulitnya, separuh saja, jangan sekeliling batang. 3. Jadi seperti gambar di bawah. 4. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Boleh siram hari-hari. 5. Cara ni, keratan batang akan keluarkan...