Wah! Tanam Bawang Putih Guna Cara Macam Ni Lebih Menjadi Rupanya...
CARA TANAM BAWANG PUTIH GUNA TEKNIK MENEGAK, MENJADI!
1.Terdapat 2 jenis bawang putih yang di import kita harus kenal iaitu softneck dan hardneck. Kulit bawang softneck berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut. Ia ditanam pada musim panas di China dan Korea.
Hardneck pula kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atas. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
4.Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu dilakukan pada peringkat ini. Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi dan daun bawang perlu dipotong sehingga tinggal seinci.
Ini untuk menggalakan perkembangan bawang. Proses diulang setiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan
5.Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah. Jangan cabut kerana akan menjejaskan bawang.
Bersihkan sisa tanah yang melekat di bawang dengan cara mengetuk perlahan. Jangan basuh kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawang kering. Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh diambil untuk kegunaan atau disimpan.
NOTA TAMBAHAN:
– Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak diletakkan di tempat berbumbung.
– Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang.
Selamat mencuba!