Langkau ke kandungan utama

Cara Mudah Nak Tanam Pokok Ketumbar

Cara Mudah Nak Tanam Pokok Ketumbar


Ketumbar merupakan sejenis daun herba yang mempunyai bau yang wangi dan menambah rasa enak dalam masakan terutama masakan berasaskan sup.


Penanaman pokok ketumbar di rumah merupakan idea bernas dan tepat kerana bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak tetapi banyak juga kegunaan lain seperti untuk kesihatan.


Jadi, mari kami kongsikan cara tanam pokok ketumbar dengan betul. Confirm menjadi dan tak cepat layu.


CARA TANAM POKOK KETUMBAR, CONFIRM MENJADI

Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Rosziyana Bakar, dia hanya menggunakan biji ketumbar yang dibeli di pasaran dan tidak menggunakan keratan batang kerana tanaman mudah rosak.

Pokok ketumbar atau coriander. Sebelum ni, banyak kali tanam guna keratan batang tapi tak menjadi. Bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.


Kali ini, cuba semai daripada biji ketumbar. Saya tak rendam dulu pun, terus semai. Alhamdulillah, senang hidup dan subur.

Apa yang saya belajar:

  • 2 minggu baru tumbuh
  • Siram pagi & petang
  • Siram waktu tengahari jika cuaca panas & pokok nmpk layu (1 gelas air shj)
  • Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain)
  • Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras

*Pokok ketumbar suka air.. tanah kene sentiasa lembab tapi bukan terendam ye..

Usia 2 minggu lebih daripada semai. Gigih sikit masa ni letak di tempat matahari naik pukul 8 hingga 11 pagi sahaja. Bila dah keluar daun sebenar baru dedahkan pada matahari penuh.


Usia 1 bulan dah boleh pindahkan ke pasu lain. Ketika ini memang cabaran sungguh kerana kar dah mula bercantum antara satu sama lain.

Cara saya:

1. Siram tanah hingga basah, keluarkan perlahan-lahan guna penyodok kecil.

2. Kemudian, cuci akar dengan air dan leraikan akar perlahan-lahan.


Usia 52 hari dah boleh pindah ke pasu lain. Dapat 6 pasu bulat kecik, 4 pasu hitam panjang. Yang tumbuh panjang tu bukan lalang atau rumput ye tetapi padi kerana saya siram guna air basuhan beras.


60 hari atau 2bulan, pastikan pokok ketumbar sentiasa lembab. Kalau cuaca panas sangat waktu tengahari, pokok ketumbar akan layu. Siram 1 gelas air sahaja.

Selepas dua bulan 12 hari.

Alhamdulillah Selamat Mencuba :)


Halaman Tersedia

Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat

  Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat BERDASARKAN tajuk di atas, ramai mungkin yang tertanya-tanya apakah itu ‘putri malu’ atau nama yang paling dikenali masyarakat kita ialah Pokok Semalu. Terdapat banyak nama panggilan untuk tumbuhan ini. Nama santifik yang dikenali ialah Mimosa Pudica, namun terdapat panggilan nama lain iaitu Makahiya (diambil dari perkataan Fillipina, Hiya bermaksud pemalu atau malu), manakala nama mudah dalam Bahasa Inggeris ialah Shameplant atau Touch Me Not. Bersesuaian dengan nama yang diberikan iaitu Putri Malu, tumbuhan ini akan menutup daunnya apabila tersentuh dengan sesuatu. Tindak balas khas ini bertujuan untuk melindungi tumbuhan ini daripada serangan haiwan herbivor. Tumbuhan yang mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau putih ini hidup meliar dan senang membiak di kebanyakan kawasan serta menyebabkan ramai orang terlepas pandang. Tumbuhan ini membawa banyak kebaikan dan khasiat untuk kesihatan yang tidak diketahui orang. Beberapa senarai manfa...

Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun

  Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun Daun kari sering digunakan dalam masakan bagi menambah aroma menyedapkan lagi maasakan. Kalau suka masak, memang pokok kari ni wajib ada di rumah. Senang, tak perlu membeli diluar kerana akan dijual dengan harga yang agak mahal. Biasanya, pokok kari ditanam menggunakan kaedah anak pokok kari yang menggunakan kaedah keratan batang. Mudah dan cepat. Seminggu sahaja sudah bertunas. Baca juga: Cara Tanam Sawi Dalam Pasu, Teknik Paling Mudah & Jimat CARA TANAM POKOK KARI DARI KERATAN BATANG Cara menanam pokok kari dari keratan batang. Anda boleh hasilkan lebih dari satu anak pokok kari dan tumbuh subur serta merimbum. 1. Potong batang kari yang dah tua dalam 4-5 inci. 2. Buang kulitnya, separuh saja, jangan sekeliling batang. 3. Jadi seperti gambar di bawah. 4. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Boleh siram hari-hari. 5. Cara ni, keratan batang akan keluarkan...

Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

  Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pasti kita punya pelbagai cara untuk menjimatkan belanja dalam kehidupan seharian. Antara cara dan alternatif lain yang boleh dibuat adalah tanam sayur di rumah! Haaa, mesti baca tanam sayur dekat rumah tu sebagai sesuatu yang renyah atau payah kan? Tapi sebenarnya, tahukah anda tanam sayur kangkung tanpa jejak tanah memang boleh dilakukan. Selain mendapat hasil yang banyak, kualiti sayur yang kita nak makan tu pun mesti bersih sangat. Bagi sesiapa yang tiada ruang atau laman bersesuaian, moleklah guna cara tanam sayur kangkung tak jejak tanah ini. Bagi yang ada laman pun memang patut cuba! Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Menurut Yuziyana Yusop, individu yang telah berkongsi cara tanam sayur kangkung ini sebagai kangkung tapis atau kangkung tak jejak tanah. Tiga minggu dah boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setenga...