Langkau ke kandungan utama

Cara Tanam Serai Dengan Mudah Di Rumah, Guna Pasu Pun Boleh!

Cara Tanam Serai Dengan Mudah Di Rumah, Guna Pasu Pun Boleh!


Cara Tanam Serai Yang Betul Dalam Pasu / Polibeg



ungkin ramai antara kita berminat nak tanam serai untuk kegunaan sendiri di rumah. 

Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya serai ni susah juga nak hidup tau!

Perkongsian Che Rokiah Che Hat ini akan menunjukkan dan mengajarkan anda cara yang betul untuk menanam serai di rumah dengan mudah.

Jom tengok caranya!

CARA TANAM SERAI DI RUMAH DENGAN MUDAH

Tanaman serai mungkin bukan antara favourite kepada orang ramai atau suri rumah, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan yang luas untuk menanam serai.

Tapi tahukah anda, sebenarnya serai juga boleh ditanam di dalam pasu ataupun polibeg dengan kaedah yang betul.

Berikut dikongsikan langkahnya dari awal

LANGKAH PENYEDIAAN TAPAK YANG SESUAI

Tapak atau kawasan tanaman perlu disediakan sebelum anak benih disemai.

Bagi tanaman serai, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah gambuttanah merah dan tanah berpasir.

Bagi mereka yang tidak mengenali jenis tanah, disarankan untuk menggunakan campuran beberapa jenis tanah agar tanah yang digunakan adalah sesuai iaitu tidak terlalu padat dan tidak terlalu berpasir.

Perkara penting mengenai tanah ialah keupayaan tanah tersebut untuk menyimpan nutrien dan juga merangsang pertumbuhan akar.

Jika tanah terlalu padat, akar akan mempunyai kesukaran untuk bergerak, manakala tanah yang terlalu berpasir sukar untuk memegang nutrien dan pokok akan kekurangan nutrien sekiranya tanah tidak dapat menyimpan kandungan nutrien yang ada.

Bagi tanaman serai di dalam pasu dan polibeg, adalah disarankan supaya saiz pasu dan polibeg adalah besar kerana saiz pokok serai yang besar dan mempunyai banyak batang apabila matang.

Penggunakan pasu atau polibeg yang kecil akan menyebabkan akar terbantut dan pokok akan mengalami kekurangan nutrien. Kekurangan nutrien pula menyebabkan pokok tidak subur.

LANGKAH PENYEDIAAN ANAK BENIH (BOLEH GUNA BATANG YANG DIBELI DARI KEDAI)

Anak benih boleh didapati di kedai ataupun dari pokok serai sedia ada.

Jika dari pokok, ambil bersama akar dan potong bahagian atas dahan. Benih yang mempunyai akar boleh terus ditanam di tanah.

Benih yang dibeli dari kedai pula perlu direndam dahulu beberapa hari sehingga ada akar yang keluar.

Ada juga cara di mana serai dipotong sehingga berukuran 1 atau 2 inci dan direndam sehingga akar mula keluar.

Anda boleh mencuba mana-mana cara yang terbaik.


Ini contoh batang serai yang saya nak rendam dalam air.

Bubuh dalam botol macam dalam gambar


Nampak akarnya mula tumbuh di situ.


CARA TANAM BENIH SERAI DENGAN BETUL

Perkara yang perlu dititikberatkan juga ialah cara menanam benih serai. Kaedah yang salah akan menyebabkan anak benih mati.

Cara yang boleh digunakan ialah menanam anak benih hanya sedalam 1 inci di mana hanya menanam bahagian yang berdekatan akar sahaja.

Adalah tidak digalakkan untuk menanam keseluruan batang kerana cara ini akan menyebabkan anak benih sukar untuk keluar tunas di benih serai.


Pokok serai boleh ditanam setelah anak benih telah bertunas ataupun melalui benih yang telah mempunyai akar.

Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki ataupun setiap 3batang didalam pasu dan polybag.

Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai.

Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam.

CARA PENJAGAAN / PEMBAJAAN

Pembajaan pokok serai boleh dilakukan beberapa minggu setelah ditanam dengan menabur baja organik.

Setelah itu, boleh dibaja dengan baja NPK Hijau iaitu baja 15:15:15 ataupun baja 16:16:16 pada peringkat umur 1, 2 , 3 dan 4 bulan.

Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok.


TEMPOH MATANG

Serai matang setelah berumur 7 hingga 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun.

Untuk mengutip hasil, serai dipotong menggunakan pisau.


Kemudian serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau pisau untuk memotong akar dan daun serai.


TAKLAH SUSAH SANGAT KAN?

Penanaman serai tidaklah terlalu merumitkan kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Maka, amat disarankan bagi surirumah untuk menanam serai di kawasan rumah supaya mudah di ambil dan untuk kegunaan dalam masakan dirumah.

Selamat mencuba.

Halaman Tersedia

Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

  Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pasti kita punya pelbagai cara untuk menjimatkan belanja dalam kehidupan seharian. Antara cara dan alternatif lain yang boleh dibuat adalah tanam sayur di rumah! Haaa, mesti baca tanam sayur dekat rumah tu sebagai sesuatu yang renyah atau payah kan? Tapi sebenarnya, tahukah anda tanam sayur kangkung tanpa jejak tanah memang boleh dilakukan. Selain mendapat hasil yang banyak, kualiti sayur yang kita nak makan tu pun mesti bersih sangat. Bagi sesiapa yang tiada ruang atau laman bersesuaian, moleklah guna cara tanam sayur kangkung tak jejak tanah ini. Bagi yang ada laman pun memang patut cuba! Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Menurut Yuziyana Yusop, individu yang telah berkongsi cara tanam sayur kangkung ini sebagai kangkung tapis atau kangkung tak jejak tanah. Tiga minggu dah boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah ki

Wah! Tanam Bawang Putih Guna Cara Macam Ni Lebih Menjadi Rupanya…

Wah! Tanam Bawang Putih Guna Cara Macam Ni Lebih Menjadi Rupanya... Tak lengkap rasanya masakan kalau tak ada guna bawang putih. Betul tak?  Stok bawang putih  mesti kena ada di rumah kerana hampir semua menu menggunakan bawang putih. Ramai yang tak tahu bawang putih sebenarnya boleh tanam sendiri di rumah. Mudah sahaja dan hasilnya memang lumayan kerana tidak lagi perlu keluar wang untuk membeli di kedai. Kalau anda nak tahu cara tanam bawang putih guna teknik menegak, ikuti perkongsian lengkap di bawah. Memang menjadi! Baca juga:  Cara Tanam Kacang Tanah Guna Polibeg, 3 Bulan Dah Dapat Hasil CARA TANAM BAWANG PUTIH GUNA TEKNIK MENEGAK, MENJADI! 1.Terdapat 2 jenis bawang putih yang di import kita harus kenal iaitu softneck dan hardneck. Kulit bawang softneck berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut. Ia ditanam pada musim panas di China dan Korea. Hardneck pula kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atas. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditan