Langkau ke kandungan utama

Petua Lebatkan Tanaman Buah Mangga Di Rumah, Kena Letak Bahan Rahsia Ini Rupanya !!

Petua Lebatkan Tanaman Buah Mangga Di Rumah, Kena Letak Bahan Rahsia Ini Rupanya !!


“Kenapa buah mangga tak lebat ni. Pelik lah…”

Itulah ungkapan sering diluahkan jika tanaman pokok tidak berjaya dan tidak mendatangkan hasil seperti yang diinginkan. Pelbagai cara dan petua telah dilakukan tetapi tetap juga pokok mangga tidak berbuah lebat seperti tanaman orang lain.

Di mana silapnya? Mungkin anda tertinggal satu lagi petua yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Kak Chah. Menurutnya, buah mangga berbuah lebat dan merimbun selepas mencuba petua yang dikongsi oleh si anak. Nak tahu apa? Ikuti perkongsiannya di bawah.

PETUA LEBATKAN TANAMAN BUAH MANGGA DI RUMAH, KENA LETAK BAHAN INI

Mangga tepi rumah. Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nak tanggung dahannya, patah satu dahan besar pula tu. Buah pula belum cukup tua. Bagi bagikan pada jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu, bagikan pada jiran jiran juga.

Ramai yang tanya baja apa saya gunakan. Sebenarnya saya tak ada baja specific. Cuma anak saya bagi tip, dia terbaca satu article dari barat. Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak terpakai dan mendapat hasil yang baik.

Jadi saya cuba dan menuangkan minyak masak yang sudah tak nak digunakan lagi seperti bekas goreng ikan bilis atau goreng hati ayam dan sebagainya sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu. Alhamdulillah buah kali ini sangat lebat di kebanyakan tangkai dan rasanya manis.


Cuma pesennya kali ini dia berbuah dahan by dahan bukan semua sekali satu pokok. Ada yang dah masak, buah muda, putik buah dan banyak juga yang baru keluar bunga.


Tips ini hanya boleh dipraktikkan untuk tanaman atas tanah sahaja. Selain buah mangga, pokok buah-buahan lain juga boleh. Pastikan tuang minyak jauh dari batang pokok bukan curah pada pangkal pokok. Untuk elak buah berulat boleh cuba tips tabur garam kasar di keliling 2-3 kaki dari batang pokok. Selamat mencuba!


Halaman Tersedia

Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat

  Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat BERDASARKAN tajuk di atas, ramai mungkin yang tertanya-tanya apakah itu ‘putri malu’ atau nama yang paling dikenali masyarakat kita ialah Pokok Semalu. Terdapat banyak nama panggilan untuk tumbuhan ini. Nama santifik yang dikenali ialah Mimosa Pudica, namun terdapat panggilan nama lain iaitu Makahiya (diambil dari perkataan Fillipina, Hiya bermaksud pemalu atau malu), manakala nama mudah dalam Bahasa Inggeris ialah Shameplant atau Touch Me Not. Bersesuaian dengan nama yang diberikan iaitu Putri Malu, tumbuhan ini akan menutup daunnya apabila tersentuh dengan sesuatu. Tindak balas khas ini bertujuan untuk melindungi tumbuhan ini daripada serangan haiwan herbivor. Tumbuhan yang mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau putih ini hidup meliar dan senang membiak di kebanyakan kawasan serta menyebabkan ramai orang terlepas pandang. Tumbuhan ini membawa banyak kebaikan dan khasiat untuk kesihatan yang tidak diketahui orang. Beberapa senarai manfa...

Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun

  Cara Tanam Pokok Kari Dari Keratan Batang, Terbukti Cepat Tumbuh & Merimbun Daun kari sering digunakan dalam masakan bagi menambah aroma menyedapkan lagi maasakan. Kalau suka masak, memang pokok kari ni wajib ada di rumah. Senang, tak perlu membeli diluar kerana akan dijual dengan harga yang agak mahal. Biasanya, pokok kari ditanam menggunakan kaedah anak pokok kari yang menggunakan kaedah keratan batang. Mudah dan cepat. Seminggu sahaja sudah bertunas. Baca juga: Cara Tanam Sawi Dalam Pasu, Teknik Paling Mudah & Jimat CARA TANAM POKOK KARI DARI KERATAN BATANG Cara menanam pokok kari dari keratan batang. Anda boleh hasilkan lebih dari satu anak pokok kari dan tumbuh subur serta merimbum. 1. Potong batang kari yang dah tua dalam 4-5 inci. 2. Buang kulitnya, separuh saja, jangan sekeliling batang. 3. Jadi seperti gambar di bawah. 4. Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Boleh siram hari-hari. 5. Cara ni, keratan batang akan keluarkan...

Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

  Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pasti kita punya pelbagai cara untuk menjimatkan belanja dalam kehidupan seharian. Antara cara dan alternatif lain yang boleh dibuat adalah tanam sayur di rumah! Haaa, mesti baca tanam sayur dekat rumah tu sebagai sesuatu yang renyah atau payah kan? Tapi sebenarnya, tahukah anda tanam sayur kangkung tanpa jejak tanah memang boleh dilakukan. Selain mendapat hasil yang banyak, kualiti sayur yang kita nak makan tu pun mesti bersih sangat. Bagi sesiapa yang tiada ruang atau laman bersesuaian, moleklah guna cara tanam sayur kangkung tak jejak tanah ini. Bagi yang ada laman pun memang patut cuba! Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Menurut Yuziyana Yusop, individu yang telah berkongsi cara tanam sayur kangkung ini sebagai kangkung tapis atau kangkung tak jejak tanah. Tiga minggu dah boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setenga...