Langkau ke kandungan utama

Catatan

TanamanYangIndah99

PERINGATAN

 Sila subscribe channel youtube fareezonzz Iaitu onwer kepada blog ini terima kasih....
Catatan terbaharu

Cara Tanam Serai Dengan Mudah Di Rumah, Guna Pasu Pun Boleh!

C ara Tanam Serai Dengan Mudah Di Rumah, Guna Pasu Pun Boleh! Cara Tanam Serai Yang Betul Dalam Pasu / Polibeg ungkin ramai antara kita berminat nak tanam serai untuk kegunaan sendiri di rumah.  Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya serai ni susah juga nak hidup tau! Perkongsian Che Rokiah Che Hat ini akan menunjukkan dan mengajarkan anda cara yang betul untuk menanam serai di rumah dengan mudah. Jom tengok caranya! CARA TANAM SERAI DI RUMAH DENGAN MUDAH Tanaman serai mungkin bukan antara favourite kepada orang ramai atau suri rumah, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan yang luas untuk menanam serai. Tapi tahukah anda, sebenarnya serai juga boleh ditanam di dalam pasu ataupun polibeg dengan kaedah yang betul. Berikut dikongsikan langkahnya dari awal LANGKAH PENYEDIAAN TAPAK YANG SESUAI Tapak atau kawasan tanaman perlu disediakan sebelum anak benih disemai. Bagi tanaman serai, tanah yang sesuai digunakan ialah  tanah gambut ,  tanah merah  dan  tanah berpasir. Bagi mere

Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu

  Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu. Lebatkan Pokok Limau Purut Dalam Pasu, Lelaki Ini Kongsi Tip. Pokok limau purut antara tanaman yang ditanam di dalam pasu dan tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya di rumah.  Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu. Ikuti tip dan petua lebatkan pkok limau purut dari Encik  Izham Alias  ini. Banyak perkongsian dari beliau tentang tanaman yang boleh dimanfaatkan. TIP LEBATKAN POKOK LIMAU PURUT Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu. Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya. Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood. Kadang saya nampak tahi lembu sa

Cara Mudah Nak Tanam Pokok Ketumbar

Cara Mudah Nak Tanam Pokok Ketumbar Ketumbar merupakan sejenis daun  herba yang mempunyai bau yang wangi  dan menambah rasa enak dalam masakan terutama masakan berasaskan sup. Penanaman pokok ketumbar di rumah merupakan idea bernas dan tepat kerana bukan sahaja boleh  digunakan untuk memasak  tetapi banyak juga kegunaan lain seperti untuk kesihatan. Jadi, mari kami kongsikan cara tanam pokok ketumbar dengan betul.  Confirm  menjadi dan tak cepat layu. CARA TANAM POKOK KETUMBAR, CONFIRM MENJADI Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Rosziyana Bakar, dia hanya menggunakan biji ketumbar yang dibeli di pasaran dan tidak menggunakan keratan batang kerana tanaman mudah rosak. Pokok ketumbar atau coriander. Sebelum ni, banyak kali tanam guna keratan batang tapi tak menjadi. Bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk. Kali ini, cuba semai daripada biji ketumbar. Saya tak rendam dulu pun, terus semai. Alhamdulillah, senang hidup dan subur. Apa yang saya belajar: 2 minggu baru tumbuh Sir

Petua Lebatkan Tanaman Buah Mangga Di Rumah, Kena Letak Bahan Rahsia Ini Rupanya !!

P etua Lebatkan Tanaman Buah Mangga Di Rumah, Kena Letak Bahan Rahsia Ini Rupanya !! “Kenapa buah mangga tak lebat ni. Pelik lah…” Itulah ungkapan sering diluahkan jika tanaman pokok tidak berjaya dan tidak mendatangkan hasil seperti yang diinginkan. Pelbagai cara dan petua telah dilakukan tetapi tetap juga pokok mangga tidak berbuah lebat seperti tanaman orang lain. Di mana silapnya? Mungkin anda tertinggal satu lagi petua yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Kak Chah. Menurutnya, buah mangga berbuah lebat dan merimbun selepas mencuba petua yang dikongsi oleh si anak. Nak tahu apa? Ikuti perkongsiannya di bawah. PETUA LEBATKAN TANAMAN BUAH MANGGA DI RUMAH, KENA LETAK BAHAN INI Mangga tepi rumah. Lebat merimbun buahnya. Tak boleh nak tanggung dahannya, patah satu dahan besar pula tu. Buah pula belum cukup tua. Bagi bagikan pada jiran tetangga dan selebihnya buatkan kerabu, bagikan pada jiran jiran juga. Ramai yang tanya baja apa saya gunakan. Sebenarnya saya tak ada baja spe

Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih!

  Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Ketika kos sara hidup semakin meningkat, pasti kita punya pelbagai cara untuk menjimatkan belanja dalam kehidupan seharian. Antara cara dan alternatif lain yang boleh dibuat adalah tanam sayur di rumah! Haaa, mesti baca tanam sayur dekat rumah tu sebagai sesuatu yang renyah atau payah kan? Tapi sebenarnya, tahukah anda tanam sayur kangkung tanpa jejak tanah memang boleh dilakukan. Selain mendapat hasil yang banyak, kualiti sayur yang kita nak makan tu pun mesti bersih sangat. Bagi sesiapa yang tiada ruang atau laman bersesuaian, moleklah guna cara tanam sayur kangkung tak jejak tanah ini. Bagi yang ada laman pun memang patut cuba! Harga Sayur Makin Naik, Jadi Jom Tanam Sayur Kangkung Tak Jejak Tanah, Mudah Dan Lagi Bersih! Menurut Yuziyana Yusop, individu yang telah berkongsi cara tanam sayur kangkung ini sebagai kangkung tapis atau kangkung tak jejak tanah. Tiga minggu dah boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah ki

Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat

  Pokok Semalu banyak manfaat, khasiat BERDASARKAN tajuk di atas, ramai mungkin yang tertanya-tanya apakah itu ‘putri malu’ atau nama yang paling dikenali masyarakat kita ialah Pokok Semalu. Terdapat banyak nama panggilan untuk tumbuhan ini. Nama santifik yang dikenali ialah Mimosa Pudica, namun terdapat panggilan nama lain iaitu Makahiya (diambil dari perkataan Fillipina, Hiya bermaksud pemalu atau malu), manakala nama mudah dalam Bahasa Inggeris ialah Shameplant atau Touch Me Not. Bersesuaian dengan nama yang diberikan iaitu Putri Malu, tumbuhan ini akan menutup daunnya apabila tersentuh dengan sesuatu. Tindak balas khas ini bertujuan untuk melindungi tumbuhan ini daripada serangan haiwan herbivor. Tumbuhan yang mengeluarkan bunga berwarna merah jambu atau putih ini hidup meliar dan senang membiak di kebanyakan kawasan serta menyebabkan ramai orang terlepas pandang. Tumbuhan ini membawa banyak kebaikan dan khasiat untuk kesihatan yang tidak diketahui orang. Beberapa senarai manfaat y